SiaPa UsTaZ?

Saturday, November 14, 2009 · 0 comments

Nama diberi Mohd Fadzlan Bin Fadzir.Menamatkan Pengajian di UKM Bangi,Selangor dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dan Quran Sunnah pada tahun 2008.Mula berkhidmat sebagai Pendidik di SBPI Sabak Bernam pada 10 November 2008.Telah mendirikan rumahtangga dengan pilihan hati iaitu Zaleha Bte Hussein tanggal 11 April 2009 dan Insyaallah bakal menimang cahaya mata pertama dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.bersambung......


Teman Hidup Inilah pilihan hati penulis dalam menempuh arus kehidupan di dunia yang fana ini.Semoga dengan hadirnya orang baru x lama lagi lebih menjadikan penulis lebih memahami erti tanggungjawab dalam membina rumahtangga bahagia,mudah-mudahan Insyallah..sama-samalah doakan..-bersambung.....







Friday, November 13, 2009 · 0 comments



Hadiri Majlis Perkhawinan

Paluan kompang mengiringi pasangan dua pengantin yang sama cantik dan sama padan

Posing istimewa..cewahh..

Time ni penulis bersama dengan isteri pergi ke majlis perkhawinan saudara di Teluk Piai, Kuala Selangor.Majlis dibuat secara sederhana.Besar,meriah atau tidak itu semua tidak penting,apa yang paling penting ialah keberkatan semoga pasangan pengantin yang diraikan mendapat rahmat dari Allah dan semoga perkhawinan ini kekal hingga ke akhir hayat.





























Thursday, November 12, 2009 · 0 comments

Maaf,masih dalam pembinaan

· 0 comments

maaf,masih dalam pembinaan

· 0 comments

Maaf,masih dalam pembinaan

· 0 comments

maaf,masih dalam pembinaan

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

· 0 comments



Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."