


SBPI SABAK BERNAM *pai2u-ustazfadzlan.blogspot.com*



Paluan kompang mengiringi pasangan dua pengantin yang sama cantik dan sama padan
Posing istimewa..cewahh..

Pertemuan dengan Ustaz Amir dan Ustaz Zaki merangkap rakan seperjuangn saya di SBPI Sabak Bernam yang menjadi penggiat kewujudan blog Tanyalah Ustaz dan Arab2U merupakan satu pertemuan yang bermanfaat dan berguna.Saya penulis Pai.2u hanyalah insan kerdil di sebalik 2 orang penulis blog ini.
Semoga dengan tunjuk ajar Tanyalah Ustaz dan Arab2u sedikit sebanyak dapat menjadikan saya penulis blog Pai.2u yang akan berjaya di masa akan datang demi manfaat bersama..(Blog Pai.2u masih ditahap penambahbaikan..)
Dalam Islam kita perlu mencari pembaharuan (islah) dari keadaan sekarang kepada yang lebih baik dan seterusnya kepada yang lebih cemerlang. Oleh yang demikian kita akan sentiasa mempertingkatkan diri (ihsan) ke arah kesempurnaan (itqan). Apabila prinsip islah, ihsan dan itqan mampu digarap, generasi muda belia akan meningkatkan tahap keimanan diri dan sentiasa berusaha untuk melayakkan diri ke tahap yang lebih tinggi tanpa berputus asa. Mendapatkan sesuatu yang terbaik, memperbaiki dan menambahnya merupakan suatu proses yang berterusan dalam kehidupan mereka. Justeru itu, aktiviti mereka akan lebih terarah dan setiap kesempatan akan digunakan dengan sebaik-baiknya. Memprogram sistem kepercayaan diri, sebenarnya kita ialah apa yang kita percaya. Sebagai contoh, sekiranya kita mempercayai bahawa diri kita ini tidak berguna dan tidak mampu menonjolkan akhlak yang mulia, kita akan terus mengamalkan perkara yang negatif dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya kepercayaan kendiri menentukan had pencapaian yang akan kita capai. Batasan kepercayaan kendiri jugalah yang akan membataskan perkembangan diri seterusnya. Assalamualaikum...
Bersyukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan kurnianya, laman blog pai.2u ini dibina atas dasar timbulnya kesedaran mengenai perkongsian maklumat dalam subjek Pendidikan Islam.
Pai.2u mengalu-alukan kepada semua yang berminat untuk melayari laman blog ini bagi mencari maklumat dan bahan-bahan berkaitan dengan subjek Pendidikan Islam terutama sekali kepada guru-guru yang mengajar subjek tersebut.
Pai.2u mempunyai sedikit sebanyak maklumat yang berkaitan dengan Panitia Pendidikan Islam seperti P&P, Bahan Pengajaran, BBM, Bank Soalan, Modul Latih Tubi, Rancangan Pelajaran dan banyak lagi yang boleh anda dapati di laman pai.2u ini. Selamat melayari Pai2u-ustazfadzlan.blogspot.com